Sabtu, 26 Mac 2011

Apakah Itu TaQleed?

مَسْئَلَةُ التَّقْلِيْد

Syeikh Syah Waliyyullah Muhaddits Dehlawi rahimahullahu ta’ala dalam menakrifkan erti taQleed telah berkata bahawa :

التَّقْلِيْدُ هُوَ اِتِّبَاعُ الرِّوَايَةِ دَلاَلَةً

“Erti taQleed ialah beramal dgn Al-Quran & hadis dibawah tunjuk-ajar,bimbingan seorang yang mahir dalam Al-Quran & Hadis”

Bukan semua boleh jadi mujtahid,malah yang layak dan ada padanya syarat-syarat jadi mujtahid sajaha yang layak di ikuti.

· Sepertimana untuk menjadi imam,seseorang itu haruslah berkelayakan yakni padanya haruslah ada syarat kelayakan nak jadi imam,jika tiada syarat-syarat kelayakan dia menjadi imam,namun dia masih diikuti maka,sembahyang si imam pun rosak,sembahyang si makmum pun rosak.Begitulah juga pengertiannya dalam masalah taklid iaitu “Seseorang,untuk jadi muqtada (yakni ikutan) dalam masalah agama hingga ke maqam mujtahid (yakni mahir dalam perbahasan Al-Quran & hadis) maka kenalah ada padanya syarat-syarat kelayakan jadi mujtahid.Jika tidak ada padanya syarat kelayakan jadi mujtahid, namun dia diikuti juga sebagai mujtahid,maka maka amalan yg orang di-ikut pun sia-sia, begitulah juga,amalan si pengikut-pengikutnya juga,akan sia-sia belaka.”

(Mujtahid ialah orang yang betul-betul mahir dalam ilmu Al-Quran dan yg berkaitan dgnnya dan juga dalam ilmu hadis serta yang berkaitan dgnnya untuk mengeluarkan/menerbitkan hukum-hukum dari Al-Quran & hadis,ijma’ serta Qias)

Mengikut madzhab bukanlah satu perkara yang berlawanan dgn syariat islam

· Sepertimana seseorang yang tidak tahu-menahu tentang hal undang-undang, mangamalkan undang-undang dibawah tunjuk-ajar seseorang yang mahir-peka dlm hal undang-undang.Jadi orang yg tidak tahu menahu tentang hal undang-undang, meminta tunjuk ajar dari orang yang pandai tentang hal undang-undang, serta mengamalkan tunjuk ajarnya,bukanlah satu kerja/kelakuan yg menyalahi undang-undang.Begitulah juga halnya dgn orang yang tidak tahu menahu tentang fomula-fomula mengeluarkan hukum hakam dari Al-Quran dan hadis,mengamalkan petua,serta tunjuk ajar dari orang yg mahir dalam fomula-fomula mengeluarkan hukum hakam dari Al-Quran dan hadis,adalah satu tindakan yang bukanlah berlawanan dengan Al-Quran dan hadis.

Mengikut madzhab bukanlah bermakna kita beribadat kepada imam madzhab kita,malah beribadah tetap kepada Allah jua.

· Dlm solat berjema’ah,si imam pun beribadat menyembah Allah,begitulah juga halnya dgn si makmum,juga beribadat menyembah Allah,cumanya dibawah pimpinan seorang imam dan makmum tidak boleh mendahului imam yakni menyalahi kelakuan imam.

Begitulah juga halnya dgn taqlid imam madzhab,iaitu tuan imam madzhab pun menyembah Allah,kita yg mengamalkan madzhabnya pun menyembah Allah,cumanya menyembah Allah di bawah pimpinan imam madzhab.

Anda tanya Sebabnya?? Sebabnya ialah si imam lebih layak di ikuti dan syarat-syarat menjadi imam ada pada imam tiada pada makmum ataupun syarat itu lebih sempurna adanya pada imam melebihi dari si makmum.Sama konsepnya dgn sembahyang berjema’ah tadi.Tidak ada langsung persoalan bahawa si makmum kerana ikut imam maka bererti dia beribadat kepada imam.Begitu juga tiada persoalan bahawa mengamalkan madzhab bererti beribadat kepada imam madzhab bukan kepada Allah.Ma’aadzallah.

Sebarang pertanyaan & komen,sila emailkan kepada:

muridhaji.dgtra@gmail.com

Isnin, 27 Disember 2010

Sebab-Sebab Yang Membuatkan Azimat Menjadi Salah Di Gunakan Disisi Syariat Islam

Penggunaan takweedz(dalam bahasa arab) dan tangkal-azimat (dalam bahasa kita) adalah harus (yakni boleh),demikian kata alim ulamak mu’tabar seperti imam Ghazali,imam abul hasan Syadzili rahimahumullah.Tetapi ianya bertukar hukum kepada menjadi haram bilamana didapati sebab-sebab berikut:

  • Meyakini bahawa takweedz @ tangkal-azimat itu sendirilah yang mendatangkan menafaat @ mudhorat,yang melindungi penggunanya,yang menunaikan hajat-hasrat si penggunanya itu.
  • Mengandungi kalimat-kalimat kufriah (yakni yang mendorong kepada mensyirikkan Allah Yang Maha Esa)
  • Mengandungi bahan-bahan yang najis disisi syariat islam seperti darah dan sebagainya.
  • Berkait dengan syarat-syarat yang diharamkan oleh syariat @ syarat-syarat yang membebankan malah membahayakan nyawa si penggunanya itu sendiri. Atau syarat yang mendorong kepada kerja-buat yang diharamkan oleh Syariat islam seperti membunuh anak dara dan sebagainya.

Satu Peringatan Penting:

Hukum Menulis WifiQ/tangkal azimat/takweedz yang tidak diketahui maknanya untuk mengambil faedah dari apa yang Allah letakkan/siratkan khasiat didalamnya ialah makruh,bukan haram.Demikian kata imam Muhiyyud din An-Nawawi r.alaih dalam kitab fatwanya dalam masalah yang ke 362.Muka surat 169.Cetakan Maktabah Darul Fikr,Syria.

Berikut saya nukilkan kata-kata beliau dalam bahasa arab sebagai rujukan.

362 – ((مسئلةٌ))

هذه الطَّلْسمات اَلَّتِيْ تُكْتَبُ لِلْمَنَافِعِ وَهِيَ مَجْهُوْلَةُ الْمَعْنَى هَلْ تَحِلُّ كِتَابَتُهَا اَمْ لاَ؟

((اَلْجَوَابُ)) يُكْرَهُ وَلاَ يَحْرُمُ

Keterangan:

Permasalahan yang bangkit ialah penggunaannya yakni hukum menggunakan tangkal azimat yang ditulis dengan cara tidak dapat difahami maknanya,ertinya.

Kerana تُكْتَبُ لِلْمَنَافِعِ (yakni ditulis untuk menghasilkan menafaat yang tersirat didalamnya) menunjukkan kepada makna “untuk menggunakannya”, sama ada dengan cara

  1. pakai dileher atau
  2. di tanam atau
  3. di gantung dipohon
  4. atau apa cara yang disarankan oleh ahlinya

Maka hukumnya adalah makruh,bukan haram.

Apakah itu makruh???

Iaitu,si pelakunya tidak akan di azab oleh Allah,malah pahalanya sahaja akan berkurangan kerana kelakuannya tadi tu.

Tetapi kalau ada salah satu dari sebab sebab diatas,maka ia bertukar dari harus (yakni boleh) kepada menjadi haram.

Haram bukan kerana zat tangkal azimat itu,akan tetapi haram hukumnya kerana ada sebab yang telah disebutkan diatas, wallahu a’lam.

Khamis, 16 Disember 2010

Bukankah JAKIM Mengeluarkan Fatwa Bahawa "Menggunakan Tangkal Azimat Itu,Adalah Syirik Hukumnya?"

Memang benar,dalam buku yang berjudul “keputusan Muzakarah JawatanKuasa Fatwa Kebangsaan” yang diterbitkan oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) ada menyebut mengenai “khurafat dan azimat menurut perspektif islam” dalam tajuk yang ke 7 bertarikh 9 Ogos 1996,dalam urutan “e” yang berbunyi:

“Amalan Penggunaan Azimat @ Tangkal sebagai pelindung diri seperti :

  • Ilmu kebal
  • Ilmu pengasih
  • Ilmu pelembut hati
  • Ilmu penjauh jin dan sebagainya

Yang bercampur-aduk dengan sihir adalah syirik (yakni amalan orang yang mensyirikkan/menyekutukan Allah) dan menyeleweng dari islam.”

Wahai Para Pembaca Yang Celik Mata Hatinya,Waras Fikirannya serta bersih fahamannya dari Fahaman Wahabiah/Salafy,serta Yang Menjadikan Alim-Ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama’ah sebagai tempat rujukannya……!!!

Silalah renung petikan fatwa JAKIM diatas dengan penuh teliti…Berulang-ulang kali. Jangan lekas melatah mengatakan semua Tangkal Azimat itu adalah haram penggunaannya dan Orang yang menggunakannya adalah orang musyrik yakni mensyirikkan Allah…

Kerana,dalam fatwa di atas itu sendiri menyebut “yang bercampur aduk dengan sihir adalah syirik” bermakna bahawa:

  • “bukanlah secara mutlak,yang benda bernama Tangkal Azimat itu,menggunanya adalah haram,si penggunanya pula,adalah musyrik…Malah,tangkal azimat yang bercampur aduk dengan sihir atau benda-benda yang haram ( seperti benda benda najis @ kalimat-kalimat kufriah ) sahaja yang haram penggunaannya.”
  • Manakala tangkal azimat yang berisi Ayat-ayat suci Al-Quran @ Nama-nama Allah @ huruf-huruf hijaa iyyah atau rajah-rajah yang tidak menjurus/menunjuk kearah sebarang makna kufriah (yakni melorongkan si penggunanya kepada meyakini bahawa tangkal azimat ini sendiri lah yang melegakan , menyembuhkan , memeliharakan sipenggunanya) adalah harus (yakni boleh hukumnya).”

Untuk kefahaman lanjut tentang boleh-tidak nya penggunaan tangkal azimat,maka bolehlah anda menghubungi alim ulamak ( dengan syarat dia bukanlah dari golongan org alim yang berkefahaman bahawa orang “awam pun tak perlu berpegang kepada mana-mana madzhab pun” ) antara yang saya syorkan ialah Yang Berbahagia Ustaz Fadhli Al-Yamani – dari Kg Baru Kuala Lumpur, di talian 019-3838730

Rabu, 8 Disember 2010

Bolehkah Berzikir Sambil Menghayun-hayunkan Badan (Menari)?

Ada sebagian sufi yang menghayunkan badan sambil berdzikir (sehingga nampak seperti menari), yang dikenal juga sebagai “the darvishes’ whirling” merupakan salah satu jalan di antara banyak jalan untuk menumbuhkan rasa kasih. Gerakan (menghayunkan badan) ini dipopulerkan oleh Jalaluddin Rumi (1207-1273) ratusan tahun yang lalu.

Peringatan Penting:

JANGAN MENIRU-NIRU GERAKAN INI TANPA ADA IJAZAH DARI GURU MURSYID!!

INI ADALAH SALAH SATU AMALAN SALAH SATU ALIRAN TAHRIQAH SUFI, DALAM TIAP GERAKAN, PANDANGAN MATA, NAFAS, SERTA DZIKIR ADA ATURANNYA DAN PUNYA TUJUAN TERTENTU

A. Dalil Bolehnya Berdzikir Sambil Mengahayunkan Badan (Nampak Macam menari)

· Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumNya) : ” “Iaitu orang -orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” ( Surah Ali ‘Imran, ayat 91 ).

Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.

· Ummul Mukminin ‘Aisyah R.Ha pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah ( berzikir kepada Allah ) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, berbaring, duduk, dan bermacam-macam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

· Dalam suatu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib ( sepupu Rasulullah ), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasulullah SAW sebaik saja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, ” Allah menjadikan rupa paras mu seiras dengan Allah menciptakan daku.” Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus di ta’birkan dengan menari-nari di hadapan Rasulullah SAW. tingkahlaku beliau itu atau body language beliau tidak ditegah atau ditegur Rasulullah SAW.

Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarekat atau golongan sufiyyah, ada sandarannya. Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulamak besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya. Ditanya Syaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan. Ditanya al-A’llamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama maka beliau menjawab dengan membolehkannya. Ditanya ulamak besar dalam mazhab hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, ‘tidak mengapa dan boleh dilakukan.’ Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat di Surah Ali Imran di atas beserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar Abi Talib.

Adapun tarian yang dilarang adalah:

· tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang syahwat dan lain-lain.

Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan. Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladzudz (yakni bergembira/berbahagia kerana zikrullah). Perasaan gembira/bahagia dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahui, merupakan anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda kebahagiaan, tetapi dibuat kerana Allah SWT.

Inilah yang disebut dalam al-Quran (mafhumnya) : (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.” Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28). Ketenangan adalah suatu kenikmatan. Hendak menghargai kenikmatan itu adalah sesuatu yang boleh dita’birkan dengan isyarat, dengan kata-kata, dengan bahasa badan yang dijelmakan dalam bentuk tarian untuk menyatakan kesyukuran dan kenikmatan yang mereka perolehi hasil anugerah Allah SWT. Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi ini adalah harus.

Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalili atau hujah, berbaliklah kepada hukum fiqah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.” Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulamak muktabar, maka saya menyatakan ianya harus dan bukanlah haram.

Lafadz “Menari” Dalam Hadis shahih tersebut (yakni hadis Ja’afar bin Abi Talib) adalah bermakna “Menghayunkan Badan“.

Hadis yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya dan al-Hafiz al-Maqdisi dengan rijal sahih daripada hadis Anas Radiallahu Ta’ala Anhu telah berkata ;

“Adalah orang habsyah berjoget atau menari di hadapan Rasulullah SAW dan sambil mereka berkata Muhammad hamba yang soleh.Lalu Rasulullah SAW pun Bertanya: Apa yang mereka katakan? maka dikatakan kepada Rasulullah sesungguhnya mereka berkata Muhammad hamba yang soleh.

Ketika mana Rasulullah melihat mereka dalam keadaan itu Nabi SAW tidak meingkari mereka dan membenarkan perkara tersebut.”

Inilah yang dimaksudkan dengan hadis taqriri atau sunnah taqririyyah.

(yakni Baginda melihat sesuatu kelakuan dilakukan di depan mata-kepala Baginda dan Baginda tidak menegah atau membangkang,malah hanya sekadar berdiam sahaja)

sepertimana diistilahkan oleh ulamak hadis seperti Al-Imam Nawawi dan dinukilkan ia oleh Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani r.alaih bahawa:

مَا أُضِيْفَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

مِنْ قَوْلٍ أَوْ فِعْلٍ أَوْ تَقْرِيْرٍ

“(sunnah taQririyyah ialah) Apa yang disandarkan kepada Nabi SAW daripada perkataan atau perbuatan ataupun pengakuan.”

Kesimpulannya ialah: Sesuatu yang setelah melihatnya sendiri oleh Nabi saw pun,Baginda masih tidak melarang nya maka ia jatuh sebagai hukum HARUS dalam syariat.Kerana jika apa yang Baginda lihat tadi itu adalah sesuatu yang mungkar,maka pasti sekali Nabi akan melarangnya.kerana Nabi SAW tidak akan redha dengan maksiat dan kemungkaran yang dilakukan oleh umat baginda,lebih-lebih lagi ia berlaku dihadapan Baginda.

dan inilah sebabnya Nabi dan Rasul diutuskan.iaitulah untuk menjelaskan apa yang betul dan apa yang salah di sisi syara’.

Wallahua’lam.”

Ahad, 11 Oktober 2009

Bab Mengambil Upahan Dari Merawat Dengan Menggunakan Al-Quran & Nama-nama Allah

Bolehkah Mengambil Upah Dari Merawat Dgn Menggunakan Al-Quran @ Nama2 Allah Yang Maha Suci???

Ini adalah satu (1) persoalan yang biasanya bangkit dalam minda kita bahawa "Apakah boleh mengambil upah daripada merawat menggunakan Ayat2 suci Al-Quran @ Nama2 Allah Yang Maha Mulia ini??

Jawapannya:
Boleh...demikian kata alim ulamak.
Dalilnya ialah:
Adalah disebutkan di dalam kitab hadis soheh bukhori dalam bab fadhail Quran bahawa seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Said Al-Khudri r.anhu menceritakan bahawa pada satu ketika,mereka didalam satu perjalanan,mereka telah singgah berehat disuatu tempat.Tiba-tiba datang seorang hamba perempuan mengadukan hal bahawa ketua kabilah mereka telah dipatuk ular dan tiada orang dikalangan mereka yang mampu berbuat sesuatu. Bagi membantu ketua kabilah tersebut.Dalam pada itu,salah seorang dari kami telah bangun dan pergi bersama hamba sahaya perempuan tadi untuk memberikan bantuan apa yang termampu.

Sesampainya disana,beliau telah menjampikan sesuatu yang dengan asbabnya ketua kabilah tadi telah sembuh.Sebagai upahan dan tanda berterima kasih,si ketua kabilah tadi telah memberikan kepada kami 30 ekor kambing dan sejumlah susu yang agak banyak kepada kami.

Lalu kami pun bertanya kepada sahabat kami tersebut “apakah kamu masih ingat apa yang kamu jampikan tadi?” jawab beliau “Aku hanya menjampikan surah al-fatehah sahaja kepada pesakit tadi.” Lantas kami pun menjawab “jangan diusik langsung bilangan kambing yang telah diberikan tadi, sehinggalah kita bertanya dahulu kepada nabi saw tentang boleh atau tidak mengambil upah dari jampian yang telah dibuat?” Setibanya mereka kepada baginda,mereka pun bertanyalah kepada Baginda.Lalu Baginda menjawab

“Dari manakah dia tahu bahawa surah al-fatehah boleh juga di guna untuk menjampikan kepada pesakit?bahagi-bahagikanlah bilangan kambing yang telah diberikan kepada kamu dan berikanlah juga sebahagian untukku”

Nota:

Hadis yang mafhumnya tertera diatas ada termaktub didalam kitab hadis Muslim,Bukhori dan Abu Daud serta ianya dinukilkan juga oleh Hafiz Ibnu Katsir dalam tafsirnya yang masyhur.


Dua Kemusykilan Anda

Kemusykilan Pertama:

Kemungkinan,anda merasa pelik,hairan lagi sangsi serta curiga...
apakah penggunaan takweedz(yakni tangkal azimat) itu,dibolehkan oleh syariat islam ataupun sepertimana yg tertanam didalam minda anda selama ini,iaitu,tidak boleh,haram hukumnya?

Jawapannya ialah:

Terlebih dahulu,untuk anda faham jawapannya,maka Anda harus faham beberapa perkara.Antaranya ialah:

  • Al Quran itu,Allah turunkan sebagai petunjuk,rahmat serta penawar bagi manusia.

Permasalahan yg kita sentuh sekarang ialah Al Quran itu adalah sebagai penawar bagi manusia.

Persoalannya ialah:

  • Al-Quran itu Penawar Bagi Siapa?


Jawapannya:
Al-Quran itu Allah jadikan sebagai rahmat penawar hanya bg mereka yg yakin dengan firman Allah dan RasulNya sahaja.Manakala bagi mereka yg tidak yakin dgn firman Allah dan RasulNya,maka Al-Quran itu sendiri akan menjadi asbab bertambah sesatnya seseorang itu,bertambah jauhnya seseorang itu dari jalan kebenaran. Ma'aadzallaah3x

  • Apakah bukti yg menandakan seseorang itu yakin dgn apa yg telah di firmankan dan yg telah di sabdakan oleh KekasihNYA yg benar?

Jawapannya ialah:

Bukti/tanda tandanya ialah:

  1. Dia akan buat sesuatu amalan itu dengan tekun rajin dan bersunguh2 sambil hati sanubarinya mengharap sepenuhnya kepada apa yg telah Allah janjikan di dalamnya.dalam apa jua keadaan situasinya.Tidak kira sibuk @ tidak,punya keluangan masa @ pun tidak.
  2. andaikata dia teruja dgn situasi situasi keadaan yg berlawanan dari apa yg di impi2kan olehnya,dia tidak akan mudah hilang pertimbangan/pedoman dan pegangan,malah hatinya tetap dgn mengharap kepada Allah janjikan.Sangkaannya tetap dgn bahawa Allah pasti akan tunaikan bagiku apa yg telah di janjikan olehNYA.

Sebagai 1 contoh untuk memudahkan kita faham keterangan di atas ialah:

“Seorang sahabat Baginda Rasul bernama Saidina Abu Darda r.anhu,Satu ketika beliau sedang berada di dalam mesjid.Tiba tiba,datang seseorang mengatakan bahawa rumah tuan sudah terbakar.Jawab beliau, "tidak mungkin sama sekali".pemberitahu khabar berita bersilih ganti bergilir2 datang membawa perkhabaran yg sama.Namun beliau tetap dgn kata2nya tadi iaitu "tak mungkin sama sekali rumahKu terbakar". Tiba tiba datang org ke 4 berkata bahawa "tuan!kebakaran telah berlaku di kampung tuan,namun apabila api merebak sampai ke rumah tuan,ianya telah padam sama sekali!" Mendengarkan kata org ke 4 tadi beliau pun menyahut "Daku sejak dari awal tadi lagi sudah yakin bahawa rumahku tidak akan terbakar sama sekali.ini kerana Baginda Rasul telah mengajarkan daku satu doa yg mengenainya Baginda telah bersabda bahawa

"bila dikau membaca doa ini di pagi hari maka harta bendaMu tidak akan ditimpa sebarang musibah hinggalah ke petang begitulah juga halnya jika dikau membacanya di petang hari maka harta bendaMu tidak akan diti mpa musibah hinggalah ke pagi"


dan aku telah pun membaca doa tersebut.Jadi,masa kan daku baca doa ini,dan Allah biarkan rumahKu terbakar juga???{ianya adalah satu perkara yg mustahil,kerana ia akan menzahirkan yg Allah dan RasulNya adalah pendusta/pemungkir janji dan ini adalah mustahil sama sekali.}

Kesimpulannya:

  • Di tahap mana iman seseorang itu,maka ditahap itulah sangkaannya kepada Allah.Dan Sepertimana sangkaannya kepada Allah, maka seperti itulah yg akan Allah perbuat terhadap si hamba tadi.

Sekarang,jelas bahawa Al-Quran itu adalah penawar bagi orang yg beriman/yakin pada Allah dan RasulNya.Jadi

  • Bagaimanakah caranya untuk menghasilkan penawar dari Al-Quran itu?

Menurut alim-ulamak,antara cara menggunakan Al-Quran bagi mendapatkan penawar dari Al-Quran ialah:

  • Membaca ayat2 Quran yg khusus di gunakan untuk rawatan seperti yg di kenali dgn manzil,susunan seorang Wali Allah Syeikhul Hadts,Maulana Zakariyya Kandahlewi r.alaih, Ruqyah Syar'iyyah susunan Syeikh Abdul Wahid Salam Baali dan ayat2 khusus yg ada di sebutkan dalam hadits bahawa sahabat ada menggunakannya untuk tujuan rawatan, seperti ayat "afahasibtum" dan lain lain lagi.Dibaca dgn penuh memberati adab adab pembacaan Al-Quran dgn betul.
  • Menuliskan ia pada piring dgn za'fran dan sebagainya kemudian di leburkan tulisannya lalu di buat minum,mandi dan sebagainya.
  • Di tuliskan ayat2 suci Al-Quran pada kertas lalu di buat takweez(tangkal )lalu dipakai di mana mana bahagian badan sebagai azimat/tangkal dgn i'tiQad/keyakinan bahawa "penyembuh yg muthlak hanyalah Allah sahaja,bukanlah tangkal azimat yg aku pakai ini.ini hanyalah sekadar mengambil berkat yg telah Allah letakkan didalam nama namaNYA dan ayat2 suci Al-Quran.ianya tak lebih dari sekadar ikhtiar(menggunakan daya usaha)yg di benarkan oleh syariat islam."
  • Begitu jugalah halnya(hukumnya),yakni boleh ditulis ayat2 suci Al-Quran/nama namaAllah Yg Maha Agung lalu di gantung di dalam tempat penginapan,tempat perniagaan rumah sakit(hospital) dan sebagainya.

Kemusykilan Kedua

Jangan2 dalam tangkal ini ada mengguna khidmat jin,bagaimana hukumnya kelak???


Jawapannya:
Saya katakan sambil memohon ilham yg haQ(benar) dari Yang Maha Berkuasa bahawa

  1. persoalan seperti ini adalah sebangsa dgn penyakit was-was juga.jadi sebaik2nya usahlah kita cuba menyelam ke alam yang Allah rahsiakan(hijabkan) ianya dari pandangan mata kasar kita.Malah ada baiknya kita berpada dengan apa yg telah di mukallafkan(yakni dituntut) keatas kita iaitu kita lihat serta renung dgn mata zahir kita serta bercermin -matakan dgn kacamata hukum syariat islam.iaitu "apakah amalan yg diberikan kepada aku agar ku amalkan bagi mendapatkan penawar bg masalahku ini salah di segi syariat@tidak?" -Untuk mengetahuinya maka kita selaku org awam(bukan ulamak), hendaklah menerima pakai pendapat ulamak yg arif lagi peka dalam bidang ini,atas dasar bahawa ulamak adalah pewaris kepada Baginda Rasul,Muhammad s.a.w,mereka tahu,kita tidak tahu.Dan Allah perintahkan kita untuk bertanya kepada mereka dalam hal-hal yg kita tidak tahu atau pun samar-samar bagi kita.
  2. Jika Anda tetap berkeinginan untuk mengetahui rahsia hikmah Allah s.w.t ini maka silalah menelefon Ustaz Abu Humaidi Al-Ahmadi di talian 019-5548914 bagi mendapatkan jawapan penawar bagi kemusykilan anda ini.Kerana bagi setiap perbahasan,ada tempatnya "Likulli Qaulin MaQaam".Dan jika anda terdiri dari Ahli ilmu(yakni 'ulamak)maka saya persilakan anda untuk mentela'ah kitab yg berjudul "Syamsul Ma'aarif" karangan Allaamah Buuni r.alaih dan juga kitab "Sirrul Jaliil" karangan Allamah Abul Hasan Asy-Syazili r.alaih pengasas hizbul bahr.Nescaya akan jelas bagi anda rahsia Allah di sana.