Khamis, 16 Disember 2010

Bukankah JAKIM Mengeluarkan Fatwa Bahawa "Menggunakan Tangkal Azimat Itu,Adalah Syirik Hukumnya?"

Memang benar,dalam buku yang berjudul “keputusan Muzakarah JawatanKuasa Fatwa Kebangsaan” yang diterbitkan oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) ada menyebut mengenai “khurafat dan azimat menurut perspektif islam” dalam tajuk yang ke 7 bertarikh 9 Ogos 1996,dalam urutan “e” yang berbunyi:

“Amalan Penggunaan Azimat @ Tangkal sebagai pelindung diri seperti :

  • Ilmu kebal
  • Ilmu pengasih
  • Ilmu pelembut hati
  • Ilmu penjauh jin dan sebagainya

Yang bercampur-aduk dengan sihir adalah syirik (yakni amalan orang yang mensyirikkan/menyekutukan Allah) dan menyeleweng dari islam.”

Wahai Para Pembaca Yang Celik Mata Hatinya,Waras Fikirannya serta bersih fahamannya dari Fahaman Wahabiah/Salafy,serta Yang Menjadikan Alim-Ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama’ah sebagai tempat rujukannya……!!!

Silalah renung petikan fatwa JAKIM diatas dengan penuh teliti…Berulang-ulang kali. Jangan lekas melatah mengatakan semua Tangkal Azimat itu adalah haram penggunaannya dan Orang yang menggunakannya adalah orang musyrik yakni mensyirikkan Allah…

Kerana,dalam fatwa di atas itu sendiri menyebut “yang bercampur aduk dengan sihir adalah syirik” bermakna bahawa:

  • “bukanlah secara mutlak,yang benda bernama Tangkal Azimat itu,menggunanya adalah haram,si penggunanya pula,adalah musyrik…Malah,tangkal azimat yang bercampur aduk dengan sihir atau benda-benda yang haram ( seperti benda benda najis @ kalimat-kalimat kufriah ) sahaja yang haram penggunaannya.”
  • Manakala tangkal azimat yang berisi Ayat-ayat suci Al-Quran @ Nama-nama Allah @ huruf-huruf hijaa iyyah atau rajah-rajah yang tidak menjurus/menunjuk kearah sebarang makna kufriah (yakni melorongkan si penggunanya kepada meyakini bahawa tangkal azimat ini sendiri lah yang melegakan , menyembuhkan , memeliharakan sipenggunanya) adalah harus (yakni boleh hukumnya).”

Untuk kefahaman lanjut tentang boleh-tidak nya penggunaan tangkal azimat,maka bolehlah anda menghubungi alim ulamak ( dengan syarat dia bukanlah dari golongan org alim yang berkefahaman bahawa orang “awam pun tak perlu berpegang kepada mana-mana madzhab pun” ) antara yang saya syorkan ialah Yang Berbahagia Ustaz Fadhli Al-Yamani – dari Kg Baru Kuala Lumpur, di talian 019-3838730

Tiada ulasan:

Catat Ulasan